Rabu, 13 Januari 2016

BACALAH

'Membaca jambatan ilmu', 'membaca membuka minda', 'membaca membuka jendela dunia' dan pelbagai lagi kata hikmat tentang membaca. Selain itu, ayat Al Quran yang pertama diwahyukan kepada Nabi Muhammmad SAW pun menyeru membaca. Sebagai seorang pelajar, membaca tu sudah menjadi kewajipan dan kemestian. Membaca merupakan satu tanggungjawab yang pelajar mesti lakukan seperti seorang dewasa menyelesaikan kerja masing-masing. Ibarat jika seorang pelajar tak membaca boleh disamakan seorang pekerja yang datang kerja tapi tak buat kerja. Maksudnya di sini, jika seorang pelajar tak membaca bererti pelajar tersebut memang tak bertanggungjawab atas amanah yang telah diberikan oleh guru,agama dan rasul.Maka tidak ada alasan seorang pelajar untuk tidak membaca samada suka atau tidak. Membaca sudah menjadi tanggungjawab yang diamanahkan  kepada seorang pelajar. Bagi pelajar yang tidak mahu memikul amanah ini, sudah tentu ada hukum hakam yang Allah tentukan kepada mereka yang tidak amanah atau memikul tanggungjawab. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan