Khamis, 14 Januari 2016

SIKAP MURID DI SEKOLAH MENGGAMBARKAN SIKAP MURID DI RUMAH

Ramai murid biasanya tak segan silu membawa sikap semasa berada di rumah ke sekolah. Kita ambil contoh sikap membuang sampah di merata-rata. Kalau seorang murid tu dah biasa buang sampah di merata tempat semasa dir rumah sudah pastui akan buang sampah di merata tempat semasa di sekolah. Semasa waktu persekolahan sikap begini kurang sangat menonjol mungkin ada ramai guru di sekolah. Sikap begini senang diperhati semasa murid datang ke sekolah untuk aktiviti tertentu di luar waktu sekolah seperti semasa latihan sukan, aktiviti kokurikulum atau aktiviti PIBG. 
Memang guru bertanggungjawab mendidik anak bangsa menjadi insan yang mulia tapi tanpa perhatian dan kerjasama ibubapa pasti apa yang diajar tu tak akan dibawa ke mana pun. Sebenarnya apa yang guru ajar di sekolah kepada murid bukan untuk digunakan atau diamalkan di sekolah sahaja tetapi hasrat yang sebenar ialah supaya murid dapat menggunakan dan mengamalkan nilai yang baik tu dalam masyarakat amnya. 
Harapan guru supaya ibubapa juga mengambil peranan yang penting dalam mendidik akhlak dan moral yang mulia ke dalam diri anak-anak. Kami sebagai guru sekadar menyambung dan membuat sedikit penambahan sahaja dalam perihal mendidik akhlak anak bangsa.


didkan awal di rumah akan dibawa ke sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan