Isnin, 4 April 2016

SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG

ibu bapa pencorak utama keperibadian anak-anak
Sebenarnya anak yang dilahirkan umpama sehelai kain yang putih bersih. Ibu bapa dan orang dewasalah yang membentuk dan mencorakan  peribadi anak tersebut samada hitam atau putih. Kebiasaannya ibu bapa selalu menganggap cara didikan mereka sahaja yang betul sedangkan mereka sendiri tiada pendidikan cara mendidik anak-anak melainkan warisan ibu bapa mereka yang terdahulu. Antara sedar atau tidak sedar, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan mencorak keperibadian anak-anak. Gaya asuhan yang tidak tepat boleh menyebabkan anak-anak itu menanggung kerugian seumur hidup. Paling senang, sebagai orang islam kita boleh mengamalkan didikan cara islam yang telah terbukti berkesan dalam mendidikan anak-anak.
biar sejuk perut ibu mengandung
Dibawah ini kita boleh kenal beberapa gaya sebagai panduan dalam mendidik anak-anak.
   
a. gaya autoritarian
Gaya autoritarian merupakan gaya kawalan yang keterlaluan terhadap anak-anak tetapi kurang kurang memberi penekanan tentang tanggungjawab. Anak-anak yang dididik dengan gaya ini menyebabkan anak-anak bersikap negatif, memberontak,pendendam, cepat cemas, pendiam atau kurang motivasi melakukan sesuatu apabila dewasa kelak


b. gaya autoritarif
anak permata dunia dan akhirat
gaya autoritarif pula merupakan gaya yang perlu diamalkan oleh ibu bapa di mana gaya ini merupakan gaya asuhan yang mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Gaya yang bersifat rasional dan lebih demokratik ini dapat membentuk keperibadian anak supaya ada sifat tanggungjawab, bersosial, berfikiran positif dan lebih motivasi dalam meakukan sesuatu.


c. gaya asuhan pemisif
Gaya asuhan pemisif pula merupakan gaya asuhan yang lebih mesra dan bertanggungjawab terhadap anak-anak  tetapi kurang kawalan  menyebabkan anak-anak menjadi terlebih manja. Anak-anak yang didik cara begini menyebabkan anak-anak tidak dapat mengawal diri, kurang berdikari, kurang meneroka dunia baru dan tiada keyakinan diri. Gaya yang terlalu mesra ini menyebabkan anak-anak tidak dapat dikawal tingkah laku mereka.


Sesungguhnya anak-anak merupakan permata dan harta kita yang paling bernilai. Sebagai ibu bapa kita wajib mendidik mereka ke arah yang betul. Kalau permata yang berharga itu kita gilap dengan cara yang betul maka tidak hairan permata itu akan bersinar suatu hari nanti. Kesenangan anak akan menjadi kesenangan ibu bapa juga pada suatu hari nanti.

                                                                                                                                       jp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan