Isnin, 4 April 2016

SIKAP AMBIL TAHU

Semasa  belasan tahun, saya ada mengikuti kelas agama pada waktu malam. Saya masih ingat lagi, malam tu saya belajar satu perkataan sahaja iaitu berfikir. Selama satu jam kelas malam tu, ustaz tu hanya mengajar satu perkataan sahaja iaitu berfikirlah.
Kalau dilihat tajuk tu tidak besar sangat maknanya tetapi kalau kita amati mendalam perkataan berfikirlah merupakan perkataan keramat yang boleh membawa hala tuju dan menentukan masa hadapan kita. 
Berfikirlah merupakan perkara yang jarang kita buat terutama semasa kita masih kanak-kanak dan remaja. Kalau kita amalkan satu perkataan ini, InsyaAllah kita akan selamat dalam perjalanan dunia dan akhirat. 
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berfikirlah sampai diangggap perkataan keramat?
Berfikirlah di sini bermaksud kita perlu berfikir tentang sesuatu perkara yang kita lihat. Kalau kita lihat matahari, kita akan berfikir tentang matahari.  Apabila kita berfikir tentang matahari yang kita lihat maka timbul banyak persoalan. Apabila timbul banyak persoalan maka kita perlu selesaikan persoalan tersebut. Maka dari sini timbul minat untuk mengetahui sesuatu, jadi secara tak sengaja kita berminat mencari ilmu.
Selain itu, apabila kita selalu berfikir melatih otak kita berfikir dengan pantas. Otak kita ini juga perlu berlatih supaya menjadi cergas dan cerdas. Seperti kita yang mahu jadi pemain atau atlet perlu berlatih supaya mempunyai stamina, kepantasan dan kemahiran dalam permaianan yang kita main. Begitu juga dengan otak kita manusia perlu berlatih dengan cara selalu berfikir supaya otak kita juga ada stamina, kepantasan dan kemahiran dalam berfikir. Bezanya otak tak perlu berlari untuk mempunyai stamina, kepantasan dan kemahiran tetapi perlu banyak berlatih berfikir sahaja.
Selalu berfikir juga dapat menyelamatkan diri kita dari terjebak atau terlibat dari perkara yang tak berfaedah atau perkara yang tidak mendatangkan untung pada diri sendiri dan juga orang lain. Contohnya, jika kita selalu berfikir pasti tak ada orang yang kan terjebak dengan gejala najis dadah kerana kita tahu bahawa najis dadah tak mendatangkan sesen faedah pun pada diri dan juga orang lain. Bukan setakat itu sahaja, penagih najis dadah mendatangkan banyak malapetaka kepada masyarakat.
Setakat itu sahaja olahan yang dapat saya berikan dan percayalah, jika kita selalu berfikir kita akan selamat dunia dan akhirat.


                                                                                                                                              JP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan